Skip to main content

Badminton

Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik tewaskan juara remaja dunia Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua selepas menewaskan gandingan juara remaja dunia dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.

Aaron dan Wooi Yik, yang merupakan beregu pilihan kelapan kejohanan, menepati ramalan apabila memperoleh kemenangan mudah 21-12  dalam set pertama.

Bagaimanapun, siri unforced-error yang dilakukan kedua-dua pemain itu memperlihatkan betapa mereka bergelut dalam set kedua sebelum tewas 6-21.

Naib juara Kejohanan Seluruh England 2019 itu mula kembali mempamerkan persembahan terbaik mereka dalam set penentuan untuk menamatkan pertarungan selama 38 minit itu dengan kemenangan 21-12.

Menanti mereka dalam suku akhir esok adalah pasangan profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R2 #MAS ?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik (8) def. #INA ?? Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-12 6-21 21-12 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, 20 January 2021

 

Advertisement

Must Watch Video