BADMINTON
Terbuka Taiwan: Tiga wakil negara ke separuh akhir
Tiga wakil negara layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan selepas menewaskan lawan masing-masing di Arena Tian-mu, University of Taipei hari ini.
Beregu campuran meningkat naik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terlebih dahulu mengesahkan kemaraan dengan menewaskan beregu tuan rumah, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang, 21-15, 21-14 dan akan bertemu satu lagi pasangan tuan rumah, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin, bagi penentuan ke final esok.
Menelusuri jejak itu adalah beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, yang bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mengatasi gandingan tuan rumah, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen, 15-21, 21-19, 21-17.
Iklan
Mereka seterusnya akan bertemu rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, sekali gus menyaksikan akan ada wakil negara dalam penentuan kejuaraan edisi kali ini.
Wei Chong dan Kai Wun, dalam pada itu, layak ke separuh akhir selepas menundukkan beregu tuan rumah, Lee Jhe Huei-Po Hsuan, 21-19, 21-19.
Must-Watch Video