Skip to main content

Badminton

Terbuka Taiwan: Tang Jie-Wen Tse cipta kejutan lolos ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jie-asangan-baru.jpg
Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse, mencipta kejutan manis apabila mara ke separuh akhir menerusi penampilan sulung mereka dalam kejohanan Taipei Open Super 300.

Pasangan muda ini menewaskan beregu Indonesia, Bobby Setia Budi-Melati Daeva Oktavianti, dengan keputusan 22-20, 21-10 dalam masa hanya 28 minit.

Kemenangan itu membuktikan potensi besar mereka sebagai pasangan pelapis yang mampu memberi saingan di pentas antarabangsa. 

Malaysia kini menaruh harapan tinggi untuk melihat mereka terus melakar kejayaan dalam pusingan seterusnya.
 

Advertisement

Must Watch Video