Skip to main content

Badminton

Terbuka Taiwan: Loo Bing Kun-Toh Ee Wei atur langkah ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

loo-bing-kun-toh-ee-wei.jpg
Toh Ee Wei dan gandingan sementaranya, Loo Bing Kun, memerlukan tempoh 24 minit untuk melepasi peringkat pertama Terbuka Taiwan, sebentar tadi. 

Beregu campuran itu tidak menghadapi masalah untuk memacu kemenangan dalam set pertama ke atas wakil Vietnam, Van Hai Pham-Van Anh Than, biarpun suatu ketika cuma berselisih satu mata di kedudukan 9-8 sebelum mengesahkan kemenangan 21-14. 

Langkah mereka makin tersusun dalam set kedua apabila tiga kali memungut lima mata berturut-turut untuk kemenangan 21-10 dan akan berdepan pencabar dari Korea Selatan, Ki Dong-ju/Jeong Na-Eun, esok. 

Malam tadi, Chen Tang Jie memastikan satu lagi beregu campuran ke pusingan kedua selepas dia dan Chan Wen Tse mengenepikan wakil Hong Kong, Lui Chun Wai-Fu Chi Yan 21-17, 21-17.

 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video