Skip to main content

Badminton

Terbuka Switzerland: Status pilihan utama tidak beri kelebihan, kata Aaron

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia.jpg
Biarpun akan turun dengan reputasi selaku pilihan utama kejohanan, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Woi Yik, tidak menganggapnya sebagai satu kelebihan menjelang saingan Terbuka Switzerland pada 2 Mac ini.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, hari ini, Aaron turut mengakui bahawa ia merupakan peluang terbaik untuk mereka merebut mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo memandangkan tiada penyertaan pencabar utama dari Indonesia dan Taiwan.

Dua pasangan utama Indonesia, iaitu Marcus Gideon-Kevin Sukamuljo dan Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan, yang masing-masing berada di ranking nombor satu dan dua dunia, selain pasangan Taiwan, Le Yang- Wang Chi Lin, tidak menyertai kejohanan pertama pusingan kelayakan itu dan ia pasti memberikan kelebihan untuk beregu negara berkenaan memastikan pungutan mata terbaik mereka.

"Saya rasa walaupun banyak beregu lain tidak ke sana, ia masih bukan mudah  untuk bermain di sana.

"Mungkin ada sedikit kelebihan untuk memungut mata ke ke sukan Olimpik," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video