Wakil tunggal harapan negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, untuk mempertahankan kejuaraan tidak kesampaian apabila selepas ditewaskan juara Terbuka Malaysia, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland di Basel, awal pagi tadi.
Pertemuan kali kelima di antara kedua-dua beregu campuran tersebut memihak kepada gandingan Thailand itu yang mendominasi permainan dengan kemenangan straight set 21-18, 21-10.
Hasrat pasangan merpati dua sejoli itu untuk melayakkan diri ke pentas akhir pertandingan bertaraf super 300 itu gagal susulan kebangkitan yang dipamerkan oleh pilihan kelapan kejohanan.
Misi utama gandingan suami isteri yang menduduki ranking ketiga dunia itu untuk memperoleh gelaran pertama musim ini terpaksa ditangguhkan dan harus meneruskan impian pada jelajah seterusnya.
Untuk rekod, Soon Huat-Shevon Lai adalah bekas juara edisi lalu dan sudah melayakkan diri ke final Terbuka Switzerland buat kali ketiga berturut-turut, namun tidak berhasil pada edisi kali ini.

Keputusan Perlawanan #SwissOpen2025
— ShuttleHard (@ShuttleHard) March 21, 2025
Hari Keempat | Suku Akhir
Selepas 0⃣3⃣ edisi berturut-turut mara ke final, Juara Bertahan Goh Soon Huat/Shevon Lai ?? tersingkir di Suku Akhir edisi kali ini di tangan gandingan ??.
Dengan ini cabaran #BadmintonMalaysia di Basel ?? berakhir.… pic.twitter.com/9wBw3WMpDv