Usai prestasi membanggakan gandingan mantap suami isteri Goh Soon Huat dan Shevon Lai berjaya mara ke suku akhir terbuka Switzerland, semua tumpuan kini terarah kepada mereka kerana inilah satu-satunya wakil negara yang tinggal untuk beraksi.
Melihat kepada pasangan lawan yang bakal menanti Soon Huat dan Shevon di suku akhir esok pagi adalah wakil Thailand menerusi Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran yang turut menyaksikan pertemuan kali ketiga antara kedua pasangan ini dalam tahun 2025.
Di atas kertas, ranking Soon Huat-Shevon nyata lebih baik di no 3 dunia berbanding Thailand, di no 13 tetapi seperti yang kita ketahui ranking itu bukanlah penentu segala-galanya. Rekod pertemuan antara kedua pasangan ini juga terlihat seimbang, dengan masing masing sudah menang 2 kali dan tewas 2 kali.
Tetapi yang menariknya adalah pertemuan terakhir mereka di All England sebelum ini memihak kepada pasangan negara apabila menewaskan gandingan Thailand itu di pusingan awal selepas berhempas pulas dalam pertarungan 3 set. Sudah pasti perkara tersebut bakal memberikan keyakinan buat Soon Huat-Shevon dalam mengulangi skrip yang sama dalam misi mempertahankan kejuaraan.