Pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menonjolkan mutu permainan berkualiti apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir buat kali ketiga musim ini selepas Masters Indonesia dan Kejohanan Badminton Seluruh England.
Terbaru, gandingan suami isteri itu menewaskan wakil Thailand untuk mara ke pusingan tersebut meskipun mengharungi badai tiga set.
Pilihan utama pertandingan dalam landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Switzerland itu tahun lalu.
Untuk rekod, hanya gandingan di ranking ketiga dunia itu sahaja yang berhasil lolos ke aksi seterusnya dalam kejohanan bertaraf super 300 itu.
Perseorangan negara, Leong Jun Hao dan Goh Jin Wei terkandas kepada lawan masing-masing selepas pertemuan tiga set yang mendebarkan.

Rumusan Perlawanan #SwissOpen2025
— ShuttleHard (@ShuttleHard) March 20, 2025
Hari Ketiga | Pusingan Kedua
Juara Bertahan, Goh Soon Huat/Shevon Lai ?? muncul wakil tunggal #BadmintonMalaysia yang mara ke Suku Akhir di Basel ??
Manakala 0⃣3⃣ lagi wakil terpaksa akur tewas kepada lawan di ranking lebih tinggi.#YSO25… pic.twitter.com/Gl0G5ZP3hk