Skip to main content

Badminton

Terbuka Switzerland: Dua beregu negara ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

goh-sze-fei-nur-izzuddin.jpg
Dua beregu negara akan berjuang dalam kategori lelaki dan campuran final Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland malam ini selepas mengetepikan lawan masing-masing dalam separuh akhir awal pagi tadi.

Beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan aksi meyakinkan untuk menewaskan lawan dari Indonesia, Pramudya Kusumawardana- Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan, dengan kemenangan 21-18, 21-18 dalam masa 36 minit.

Ia akan menjadi gelaran kedua gandingan nombor 18 dunia itu seandainya dapat menewaskan satu lagi beregu Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto -- yang menewaskan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik -- dalam final malam ini selepas dinobatkan sebagai juara Terbuka Jerman pada 13 Mac lalu.

Turut ke final adalah beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang menewaskan rakan senegara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, 21-17, 24-22.

Kian Meng dan Pei Jing akan berdepan pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Lohau, bagi perebutan kejuaraan.

 

Advertisement

Must Watch Video