BADMINTON

Terbuka Singapura: Pertukaran taktikal Korea gagal diserap Tang Jie-Ee Wei sebelum tersingkir

Raja Hisyam 31/05/2024 | 07:46 MYT
Beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei, mengakui perubahan taktikal yang dilakukan oleh beregu Korea, Seo Seung-jae-Chae Yu-jung, di set kedua membuatkan mereka gagal menyerap rentak permainan dan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan suku akhir Terbuka Singapura.
Menurut Tang Jie, kebangkitan yang cuba dilakukan oleh mereka juga tidak membuahkan hasil.
Walaupun menyedari perubahan strategi oleh lawan dari Korea itu, namun segala usaha yang cuba dilakukan hanya menemui jalan buntu.
"Pada set pertama kami masih yakin untuk menguasai permainan dan cuba bangkit secepat mungkin corak permainan mereka agak sukar dikawal" Katanya ketika ditemui selepas aksi suku akhir yang berlangsung tadi.
Kekalahan itu menamatkan perjuangan mereka pada kejohanan bagi edisi kali ini namun Malaysia masih memiliki tiga lagi wakil yang akan turun beraksi hari ini.
#badminton #Chen Tang Jie #Toh Ee Wei #Badminton Terbuka Singapura BWF
;