Perjalanan perseorangan negara, Leong Jun Hao, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura tamat di peringkat suku akhir apabila tewas kepada pemain nombor dua dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn, di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi.
Jun Hao, yang berada di ranking ke-25 dunia, jelas tidak dapat menyaingi Kunlavut pada awal set pertama, di mana dia jauh ketinggalan 1-8 sebelum tewas 13-21.
Wakil negara itu memberikan tentangan lebih baik dalam set berikutnya tetapi selepas kedudukan terikat 7-7, dia tidak lagi dapat mengejar Kunlavut sebelum akur tewas 11-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 47 minit.