Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Perjalanan Izzuddin Rumsani-Sze Fei berakhir di suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzuddin-sze-fei.jpg
Perjalanan beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, berakhir apabila terpaksa akur dengan kekalahan kepada China dalam suku akhir Kejohanan Terbuka Singapura BWF 2024, sebentar tadi.

Sehari selepas melakar kejutan mengatasi Ou Xuan Yi-Liu Yu Chen 21-13, 21-16, mereka kembali ke gelanggang bertemu satu lagi beregu China, He Ji Ting-Xiang Yu Ren.

Tewas dalam set pertama 16-21, Izzuddin-Sze Fei bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan set berikutnya 21-9.

Ketika cemerlang mendahului set penentuan, permainan pasangan beregu negara serba tidak menjadi apabila melepaskan mata demi mata sebelum akur dengan kekalahan 17-21.

Advertisement

Must Watch Video