Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Pearly-Thinaah tepati ramalan lepasi ranjau pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thinah.jpg
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menepati ramalan apabila melayakkan diri ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi.

Turun selaku pilihan keempat kejohanan, Pearly dan Thinaah tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan 21-16, 21-18 ke atas wakil Hong Kong, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan, dalam masa 33 minit.

Mereka seterusnya akan menghadapi pemenang di antara gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, dan beregu Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai.
 

Advertisement

Must Watch Video