BADMINTON
Terbuka Singapura: Pearly-Thinaah ke suku akhir tumbangkan juara dunia dua kali
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura apabila menumbangkan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi.
Turun selaku pilihan keempat kejohanan, gandingan negara itu menerima tentangan sengit dalam set pertama, terutama daripada gerakan Matsumoto, yang pernah bergelar juara dunia sebanyak dua kali bersama gandingan lamanya, Wakana Nagaraha.
Bagaimanapun, aksi sengit itu memihak Pearly dan Thinaah untuk memenangi set pembukaan itu 25-23.
Iklan
Laluan lebih mudah dihadapi mereka dalam set kedua untuk memperoleh tiket ke suku akhir dengan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 46 minit.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, dan pilihan kelapan dari India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, bagi penentuan ke separuh akhir esok.
Must-Watch Video