Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Pearly-Thinaah gagal lunas dendam ke atas gandingan China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-thinaah.jpg
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, kandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura apabila tewas kepada gandingan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi.

Minggu lalu, lawan berkenaan menamatkan perjalanan Pearly dan Thinaah dalam separuh akhir Masters Malaysia dan gandingan negara itu masih tidak dapat melunaskan dendam itu dalam pertemuan kali ini.

Dengan bantuan jurulatih skuad beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi,yang terkenal dengan julukan 'Naga Api', Pearly dan Thinaah mempamerkan aksi luar biasa untuk memperoleh kemenangan 21-14 dalam set pertama.

Mereka kemudian ketinggalan pada pertengahan set kedua dan meskipun Pearly dan Thinaah bangkit mengejar kedudukan di penghujung set berkenaan, kecederaan lutut yang dialami Pearly membuatkan mereka terpaksa akur tewas 22-24, sekali gus perlu beraksi dalam set penentuan.

Kecederaan yang dialami Pearly jelas mengganggu rentak gandingan negara untuk akhirnya tewas 14-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan 13 minit.
 

Advertisement

Must Watch Video