Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Leong Jun Hao tumbangkan perseorangan utama Indonesia untuk ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jun-hao.jpg
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mencipta kejutan apabila menumbangkan pemain utama Indonesia, Jonatan Christie, untuk ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi.

Berdepan lawan di ranking kelima dunia itu, Jun Hao jelas mendominasi set pertama, terutama menuju ke penghujung aksi, sebelum mencatatkan kemenangan 21-16.

Biarpun Jonatan mempamerkan aksi lebih kemas dalam set kedua, wakil negara itu kekal tenang menyerap tekanan untuk mengesahkan tempat dalam suku akhir denngan kemenangan 21-19 selepas secara keseluruhan bertarung selama 53 minit.

Menantinya dalam penentuan ke separuh akhir esok ialah pilihan kedua kejohanan dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

 

Advertisement

Must Watch Video