Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura BWF: Tang Jie-Ee Wei beri tentangan sebelum tumbang kepada beregu juara dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jie-ee-wei.jpg
Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, memberikan tentangan sebelum tewas kepada pasangan juara dunia dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yoo Yung dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura BWF sebentar tadi.

Berdepan lawan pilihan keempat berkenaan, Tang Jie dan Ee Wei seakan-akan tidak dapat mempamerkan aksi terbaik sebelum tewas 14-21 dalam set pertama.

Mereka, bagaimanapun, mendominasi pertengahan set kedua hingga pada satu ketika mendahului 15-9 tetapi menuju ke penghujung permainan, Tang Jie dan Ee Wei mula kehilangan rentak sebelum terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kempen kali ini dengan kekalahan 18-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 42 minit.

 

Advertisement

Must Watch Video