Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lzj.jpg
Naib juara Masters Malaysia, Lee Zii Jia, menarik diri saat terakhir sebelum perlawanan pertamanya menentang perseorangan pertama Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, di Terbuka Singapura, hari ini.

Pemain perseorangan profesional negara itu bergelut dengan kekejangan otot sepanjang minggu lalu tetapi situasi itu masih tidak merencatkannya untuk melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia -- perlawanan ke-10 diharunginya dalam tempoh dua minggu.
 
Keputusan itu dibuat atas faktor pemain kelahiran Kedah itu memerlukan rehat untuk memulihkan kecergasannya sebelum temasya berprestij, Sukan Olimpik Paris, Julai ini.

Advertisement

Must Watch Video