Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura BWF: Goh Jin Wei pulang awal, Wei Chong-Kai Wun teruskan kemaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wei-choong.jpg
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Kai Wun Tee, menewaskan wakil dari Thailand, Supak Jomkoh Kittinupong Kedren dalam kejohanan Terbuka Singapura BWF di Stadium tertutup Singapura, sebentar tadi.

Beregu di kedudukan ke-20 dunia itu beraksi dengan baik dalam kedua-dua set untuk melakar kemenangan straight set 21-12,21-11.


 

Dalam pusingan kedua nanti mereka dijangkakan bakal bertemu juara Masters Malaysia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, esok.

Sementara itu, satu lagi wakil perseorangan wanita negara Goh Jin Wei, terpaksa akur selepas tewas kepada bekas pemain nombor satu dunia dari Sepanyol, Carolina Marin, 22-20,21-18, sebentar tadi.

 
 

Advertisement

Must Watch Video