Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Arif-Roy King cemerlang ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-junadi-yap-roy-king.jpg
Beregu lelaki meningkat naik negara, Arif Junaidi-Yap Roi King, mempamerkan aksi cemerlang untuk melayakkan diri ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi.

Berdepan lawan dari Perancis, Eloi Adam-Leo Rossi, gandingan negara itu mempamerkan penguasaan penuh dalam set pertama, di mana selepas mengikat kedudukan 4-4, mereka tidak pernah ketinggalan sebelum mencatatkan kemenangan 21-13.

Tentangan berbeza dihadapi mereka dalam set berikutnya tetapi dengan ketenangan yang dimiliki, Arif dan Roy King mencatatkan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 36 minit.

Mereka seterusnya akan menghadapi pemenang di antara gandingan Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen, atau beregu nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
 

Advertisement

Must Watch Video