Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik dipaksa kerah keringat sebelum lepasi pusingan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dipaksa mengerahkan keringat sebelum melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi.

Berdepan Rasmnus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark, pilihan ketiga kejohanan itu berdepan tentangan sengit sejak awal permainan tetapi siri kegagalan servis lawan menjadi faktor pembantu mereka mencatatkan kemenangan 21-19 dalam set pertama.

Dalam set kedua, Aaron dan Wooi yik pada satu ketika jauh ketinggalan 16-7 tetapi sedikit demi sedikit, mereka mula mengejar ke kedudukan 20-20 sebelum mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 24-22 selepas secara keseluruhan bertarung selama 44 minit.
 

Advertisement

Must Watch Video