Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan cabaran ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura dengan menyingkirkan juara Masters Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai wun sebentar tadi.
Ini merupakan aksi ulangan final Masters Malaysia di mana gandingan Wei Chong-Kai Wun bergelar juara di Axiata Arena.
Set pertama menyaksikan dua gandingan negara itu mempamerkan aksi yang penuh cemerlang, saling mengejar mata sehingga terikat 20-20.
Pengalaman Aaron-Wooi Yik memastikan mereka menutup set pertama dengan kemenangan 22-20.
Skrip sama berulang dalam set kedua, dengan Wei Chong-Kai Wun berusaha untuk mengheret permainan ke set penentuan manakala Aaron-Wooi Yik sudah memandang ke pertembungan separuh akhir.
Selepas bertarung 33 minit secara keseluruhan, Aaron-Wooi Yik menoktahkan kemenangan 21-17 sekaligus membawa cabaran Malaysia ke peringkat seterusnya.