Skip to main content

Badminton

Terbuka Perancis: Wei Chong-Kai Wun bertemu pasangan nombor satu dunia di suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

man-wei-chong-tee-kai-wun.jpg
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun bakal berdepan cabaran getir menentang pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada saingan suku akhir Terbuka Perancis 2025, selepas bangkit mencatat kemenangan penuh semangat pada pusingan kedua awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Pilihan ketujuh kejohanan itu mempamerkan semangat juang tinggi untuk menewaskan wakil England, Ben Lane-Sean Vendy 13-21, 21-19, 21-14 di Arena Glaz, Rennes.

Bagaimanapun, Wei Chong-Kai Wun perlu menggandakan usaha mereka memandangkan masih belum menewaskan pasangan Korea itu dalam tiga pertemuan sebelum ini.

Dalam satu lagi aksi beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 18-21, 23-21, 21-14 untuk mara ke suku akhir dan bakal berdepan gandingan berpengalaman Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.-Awani
 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video