Gandingan beregu campuran negara yang baru dinobatkan sebagai juara dunia,Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta pasangan profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menempah tempat ke pusingan kedua Terbuka Perancis 2025 di Cesson-Sevigne, semalam.
Dalam aksi pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 750 di Glaz Arena, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan semangat juang tinggi apabila menundukkan pasangan Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang dengan keputusan 16-21, 21-16, 21-12.
Pilihan keempat itu bakal berdepan satu lagi gandingan dari Taiwan,Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan, yang sebelum ini menewaskan wakil Sepanyol, Ruben Garcia-Lucia Rodriguez, 21-9, 21-16.
Sementara itu, pasangan pilihan kelapan Soon Huat-Shevon turut melakarkan kemenangan selepas berhempas pulas selama 59 minit untuk menyingkirkan beregu bukan pilihan dari Indonesia, Amri Syahwani-Nita Violina Marwah, 15-21, 21-17, 21-17.
Pasangan suami isteri itu akan berdepan beregu Scotland, Alexander Dunn-Julie Macpherson, yang turut bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan wakil Korea Selatan, Jongmin-Chae Yu Jung,14-21, 21-12, 21-16.
Dalam satu lagi aksi, beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King membuka kempen mereka dengan langkah kanan selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Eloi Adam-Leo Rossi, 21-19, 21-17.
Grab Sekarang

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu
Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.
Grab Sekarang