Beregu campuran senior negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, kandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Perancis apabila tewas secara set langsung kepada gandingan pilihan kedua dari China, Fen Yan Zhe-Huang Dong Ping, di Glaz Arena sebentar tadi.
Ia merupakan kali pertama kedua-dua gandingan itu bertembung tahun ini tetapi Yan Zhe dan Dong Ping membuktikan mereka lebih unggul untuk melebarkan rekod kemenangan kepada 3-0.
Dan beregu nombor dua dunia itu hanya memerlukan 43 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-18, 21-16 untuk ke separuh akhir.
Sebagai rekod, Soon Huat dan Shevon tewas dalam kedua-dua pertemuan sepanjang tahun lalu, iaitu dalam final Terbuka China dan pusingan 16 Kejohanan Seluruh England.