Perjalanan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terhenti dalam pusingan separuh akhir Terbuka Perancis Super 750 di Glaz Arena, awal pagi tadi.
Mereka yang turun selaku pilihan kedua kejohanan terpaksa akur tewas kepada wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri, menerusi aksi straight set 14-21, 19-21 dalam tempoh 40 minit perhitungan.
Kekalahan itu menyaksikan tiada wakil negara di pentas akhir kejohanan itu selepas enam lagi wakil terkandas dalam pusingan suku akhir sebelum ini.
Aaron-Wooi Yik bakal meneruskan cabaran negara dalam kempen Kejohanan Badminton Terbuka Hylo di Jerman minggu depan selepas mereka diundi bertemu beregu di ranking ke-42 dunia, Christopher Grimley-Matthew Grimley, dari Scotland dalam pusingan pertama nanti.
Dapatkan Sekarang

#FrenchOpen2025
— BAM (@BA_Malaysia) October 25, 2025
MD | SF #INA?? Fajar Alfian–Muhammad Shohibul Fikri 8️⃣ def. #MAS?? Aaron Chia–Soh Wooi Yik 2️⃣ 21-14 21-19
⏱️ 40m pic.twitter.com/lFyRvnj6vD
Kekalahan itu menyaksikan tiada wakil negara di pentas akhir kejohanan itu selepas enam lagi wakil terkandas dalam pusingan suku akhir sebelum ini.
Aaron-Wooi Yik bakal meneruskan cabaran negara dalam kempen Kejohanan Badminton Terbuka Hylo di Jerman minggu depan selepas mereka diundi bertemu beregu di ranking ke-42 dunia, Christopher Grimley-Matthew Grimley, dari Scotland dalam pusingan pertama nanti.

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang