BADMINTON
Terbuka Malaysia: Tze Yong buka buku baru, sasar kelompok 10 terbaik dunia 2024
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mahu membuka buku baru bagi tahun 2024 dan menyasarkan untuk berada dalam kelompok 10 perseorangan terbaik dunia.
Dan bagi memulakan usaha itu, pemain berusia 23 tahun berkenaan melupakan cutinya untuk meletakkan sepenuh fokus dalam persiapan menjelang saingan Terbuka Malaysia di Arena Axiata bermula 9 Januari ini.
"Saya sudah berlatih sepanjang sebulan ini, jadi saya harap akan dapat prestasi terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.
"Saya mengikut saranan jurulatih dan menyasarkan untuk berada dalam kelompok 10 terbaik (dunia) tetapi perkara paling utama, saya perlu bebas daripada sebarang kecederaan.
"Bukan semua orang dapat keputusan terbaik ketika memberikan yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya, saya mahu memberikan yang terbaik," katanya.