Prestasi Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia tidak begitu baik, kata jurulatih beregu lelaki profesional negara itu, Rosman Razak.
Yew Sin dan Ee Yi muncul satu daripada dua wakil tunggal negara yang layak ke suku akhir kejohanan itu sebelum langkah mereka dihentikan gandingan beregu juara dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, dengan kekalahan 21-14, 16-21, 17-21.
Mengulas mengenai prestasi anak buahnya sepanjang minggu lalu, Rosman berkata kepada Astro Arena: "Untuk kejohanan ini, (prestasi mereka) tidak begitu baik.
"Saya rasa ada banyak perkara yang perlu diperbaiki tetapi tahun ini masih panjang.
"Ini adalah kejohanan pertama untuk tahun ini dan masih banyak perkara perlu diperbetulkan.
"Saya rasa perkara paling penting adalah konsistensi kerana jadual panjang dan masih ada banyak kejohanan, jadi mereka perlu konsisten dalam setiap kejohanan," katanya.