Terbuka Malaysia: Lee Zii Jia berlatih di gelanggang bola tampar pantai?
Muzaffar Musa
Januari 7, 2024 11:26 MYT
Januari 7, 2024 11:26 MYT
Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, mendedahkan bahawa dia menjalani latihan kecergasan di gelanggang bola tampar pantai sepanjang minggu lalu sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Arena Axiata bermula Selasa ini.
Berdasarkan kiriman terbaru wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, dalam aplikasi X, Zii Jia berkata bahawa dia yakin latihan itu dapat membantunya untuk mempamerkan prestasi lebih baik dalam kejohanan berkenaan.
Sebagai rekod, Zii Jia akan bertemu perseorangan China, Lu Guang Zu, dalam aksi pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Ikuti laporan lanjut dalam Nadi Weekend pada jam 7.30 malam ini.
Zii Jia anggap latihan di gelanggang bola tampar pantai minggu lalu bakal membantu dirinya untuk beraksi dengan lebih baik pada PMO 2024.@ASTROARENA pic.twitter.com/66REjtGYjx
— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.