BADMINTON
Terbuka Malaysia BWF: Kecederaan sekat penampilan Anna Cheong
Pemain beregu wanita, Anna Cheong, terkilan tersisih daripada Terbuka Malaysia yang bermula Selasa depan gara-gara kecederaan.
Dalam edisi lalu, Anna dan gandingannya, Teoh Mei Xing, melakar kejutan apabila berjaya mara ke suku akhir.
Lebih manis lagi, Anna-Mei Xing menewaskan pilihan kedua kejohanan ketika iu iaitu Lee So Hee-Shin Seung Chan, namun terpaksa menangguhkan terlebih dulu hasratnya untuk memulakan musim ini.
Iklan
"Pasti saya rasa sedih sebab tidak dapat bermain di hadapan penyokong sendiri, lagipun kejohanan ini bertaraf 1000.
"Ada rasa terkilan tapi pemulihan di landasan tepat.
"Jadi saya perlu terus tingkatkan diri sendiri pada setiap hari, " kata pemain pemain di ranking ke-17 dunia itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.
Must-Watch Video