Terbuka Malaysia BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sasar pamer prestasi tekal 2023

Shaiful Shamsudin
Januari 6, 2023 18:59 MYT
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bertekad langkah kanan dalam kejohanan sulung musim ini, Terbuka Malaysia BWF.
Di sebalik kejayaan manis mengecapi kejuaraan dunia, namun pencapaian mereka disifatkan sebagai terumbang-ambing.
Justeru, ia menguatkan tekad Aaron-Wooi Yik untuk memulakan 2023 dengan pencapaian yang mampu membanggakan rakyat Malaysia bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selasa depan.
"Bukan mudah (cabaran) untuk kejohanan bertaraf 1000.
"Melalui (prestasi) tahun lalu, kami tahu kami tidak dalam bentuk persembahan terbaik jadi kami dapat memulakan tahun ini dengan baik.
"Semangat penyokong membuatkan kami lebih yakin dan selesa untuk berikan persembahan yang seharusnya," kata Aaron.
Sebelum ini, mereka menamatkan kempen 2022 dengan pencapaian kurang memuaskan apabila terkandas di peringkat kumpulan dalam Final Jelajah BWF.
Namun, undian Terbuka Malaysia menyaksikan perjalanan yang berliku apabila berkemungkinan bertemu gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, dalam pusingan kedua.
"Ini satu permulaan baru buat kami.
"Kami sudah bersedia untuk Terbuka Malaysia, saya memang suka bermain di tempat sendiri.
"Penyokong membuatkan saya bermotivasi.
"Kami mahu kekalkan prestasi sepanjang permainan," kata Wooi Yik pula.
#badminton #Terbuka Malaysia BWF
;