Beregu lelaki profesional, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen, memulakan saingan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019 dengan langkah kanan apabila mengejutkan beregu di ranking ke-11 dunia, He Jiting-Tan Qiang, dalam perlawanan pembukaan hari ini.
Chooi-Low yang merupakan beregu nombor 45 dunia, mempamerkan aksi cemerlang menewaskan gandingan dari China itu 21-18, 24-22 dalam masa 33 minit di Arena Axiata, Bandar Sukan Kuala Lumpur.
Low menyifatkan peluang untuk memenangi perlawanan hari ini adalah seimbang dan kemenangan set pertama sangat penting untuk menambahkan keyakinan mereka menguasai gelanggang dalam set kedua biarpun hampir membawa perlawanan ke set penentuan.
“Peluang untuk menang perlawanan ini adalah seimbang. Kami dapat tahu dapat beraksi dalam kejohanan ini semalam sebab ada beregu tarik diri. Peluang beraksi dalam Terbuka Malaysia ini perlu digunakan sebaik-baiknya, sasaran saya adalah naik ranking sehingga kedudukan ke-20 terbaik tahun ini.
“Strategi dan taktikal hari ini bagus. Kami tidak mahu memberikan tekanan kepada diri sendiri supaya tidak hilang fokus. Perlawanan esok saya jangka lebih sukar sekiranya bertemu beregu dari Indonesia,” katanya selepas perlawanan.
Menanti mereka dalam pusingan kedua esok ialah di antara beregu pilihan keenam, Mohamad Ahsan-Hendrawan Setiawan dari Indonesia yang akan membuat perhitungan dengan beregu Thailand, Bodin Isara-Maneepong Jongjit dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.
Chooi-Low sebelum ini memenangi Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Laos pada 24 Februari lalu.
-- BERNAMA