Skip to main content

Badminton

Terbuka Macau: Kami gembira dendam akhirnya terlunas, kata Arif-Roy King selepas bergelar juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-roy-king.jpg
Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, berkata kejayaan menjulang kejuaraan Terbuka Macau bukan sahaja menamatkan penantian gelaran mereka dalam Siri Jelajah Dunia BWF, malah turut melunaskan dendam peribadi ke atas pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Mohamad Reza Pahlevi Isfahani.

Gandingan negara itu tewas kepada Gutama-Isfahani dalam final Master Sepanyol pada Mac tahun lalu tetapi kali ini, mereka lebih unggul untuk bergelar juara dengan kemenangan 22-20, 21-18.

Arif, selepas perlawanan itu, berkata: "Kami akhirnya dapat melunaskan dendam selepas tewas kepada mereka dalam final di Madrid tahun lalu.

"Kali ini, kami dapat membalas dendam, jadi saya amat bersyukur dan gembira."

 

Advertisement

Must Watch Video