Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, mengakui kecewa apabila isu bumbung bocor di venue kejohanan menjejaskan rentaknya sehingga tewas dalam aksi final Kejohanan Badminton Terbuka Macau hari ini.
Berdepan lawan dari Indonesia, Alwi Farhan, di Macao East Asian Games Dome, wakil negara itu terpaksa akur dengan kekalahan 15-21, 5-21 dalam masa 54 minit.
Justin berkata keadaan permukaan gelanggang yang basah dan terpaksa dikeringkan di setiap mata menyaksikan segala perancangannya terganggu sehingga terpaksa aku bergelar naib juara.
"Hari ini lawan saya beraksi dengan amat baik dan saya gembira dengan perlawanan hari ini.
"Bagaimanapun, gelanggang hari ini agak tidak sesuai kerana banyak takungan air di lantai sehingga harus dikeringkan di setiap mata.
"Sejujurnya, ia amat mengganggu rentak saya dan membuatkan saya kecewa dengan gelanggang ini," katanya.