Skip to main content

Badminton

Terbuka Macau: Jimmy Wong–Lai Pei Jing kejutkan beregu China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

macau-open.jpg
Pasangan beregu campuran Malaysia, Jimmy Wong dan Lai Pei Jing, mencuri tumpuan apabila mencipta kejutan di Sands China Ltd Macau Open 2025, selepas menewaskan pilihan kedua dari China, Cheng Xing dan Zhang Chi.

Berbekalkan ranking dunia ke-127, pasangan negara menampilkan aksi penuh semangat menewaskan lawan mereka yang berada di ranking ke-12 dunia, dengan keputusan 21-12, 17-21, 21-18 dalam pertarungan tiga set yang sengit.

Set pertama dikuasai sepenuhnya oleh pasangan Malaysia, sebelum lawan bangkit di set kedua. Namun, Jimmy dan Pei Jing menutup perlawanan dengan penuh bergaya walaupun ketinggalan pada satu ketika untuk menamatkan set penentuan dengan kemenangan ampuh.

Kejayaan ini memberi suntikan semangat buat skuad negara dalam kejohanan ini.

Tahniah diucapkan kepada Jimmy Wong dan Lai Pei Jing atas persembahan membanggakan di pentas Super 300 ini.

Advertisement

Must Watch Video