Skip to main content

Badminton

Terbuka Macau: Bekas beregu nombor satu dunia tumpas di tangan Hon Jian-Muhammad Haikal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haikal-hon-jian.jpg
Beregu lelaki negara, Chong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri, mencipta kejutan apabila menewaskan beregu India, S. Rankireddy-C. Shetty dalam saingan Terbuka Macau, sebentar tadi.

Hon Jian-Haikal yang tersingkir dalam Terbuka China sebelum ini, meneruskan langkah mereka ke pentas separuh akhir Terbuka Macau apabila menundukkan pilihan kedua kejohanan dalam tempoh satu jam. 

Menang 21-14 dalam set pertama, Rankireddy-Shetty mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan 21-13. 

Permainan yang ditampilkan kedua-dua regu penuh dramatik dalam set ketiga sebelum Hon Jian-Haikal memastikan mereka muncul pemenang perlawanan dengan kemenangan 22-20. 
 

Advertisement

Must Watch Video