Terbuka Korea: Tang Jie-Ee Wei bangkit roboh tembok China sebelum bergelar juara

Ammar Hakim
September 1, 2024 11:02 MYT
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Terbuka Korea selepas berjaya mengatasi pasangan China, Guo Xin Wa-Li Qian di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, Korea Selatan sebentar tadi.
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea selepas menewaskan gandingan berpengalaman dari China, Cheng Xing-Zhang Chi.
Kemenangan itu membolehkan Tang Jie-Ee Wei yang berstatus nombor 12 dunia berdepan satu lagi wakil China, Guo Xin Wa-Li Qian yang mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan wakil tuan rumah, Kim Won-ho-Jeong Na-eun.
Kedua-dua beregu mempamerkan aksi cemerlang di set pertama, saling mengutip mata demi mata sebelum wakil China terlebih dahulu menoktahkan set pertama dengan kemenangan 21-17.
Ketinggalan dalam set pertama tidak menggugat corak permainan Tang Jie-Ee Wei, apabila mereka memperkemaskan aksi sebelum menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-13 untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Segalanya serba menjadi buat pasangan negara itu apabila berjaya mendahului 13-8 menerusi corak permainan pantas yang gagal disaingi beregu China itu.
Mereka berjaya mengekalkan kelebihan sehingga tamat permainan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-13.
#badminton #Chen Tang Jie #Toh Ee Wei #Terbuka Korea
;