Skip to main content

Badminton

Terbuka Korea Selatan: Wakil terakhir negara tumbang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wong-tien-ci-lim-chiew-sien.jpg
Beregu campuran negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, kandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea Selatan apabila tewas secara set langsung kepada pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, di Suwon Gymnasium sebentar tadi.

Kedudukan ranking semasa menyaksikan Tien Ci dan Chiew Sien berada di ranking ke-35 dunia berbanding lawan di ranking ke-69.

Bagaimanapun, tidak banyak dapat dilakukan gandingan negara itu ketika tewas secara set langsung 12-21, 8-21 dalam masa 33 minit.

Kekalahan pasangan itu menyaksikan tiada lagi wakil negara akan bersaing di peringkat separuh akhir esok.
 
Raket

Jadi Inspirasi

Mulakan perjalanan badminton dengan raket berkualiti.


? Mulakan

Advertisement

Must Watch Video