Terbuka Korea Selatan: Tang Jie-Ee Wei, Pearly Tan-M. Thinaah mara ke separuh akhir

Saufi Tahir
Ogos 30, 2024 15:40 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan wakil dari Taiwan, Yang Chu Yun-Teng Chun Hsun dalam aksi separuh akhir Terbuka Korea Selatan di Stadium Tertutup Mokpo, sebentar tadi.
Aksi set pertama menyaksikan wakil negera berdepan saingan sengit daripada Yang Chu Yun-Teng Chun Hsun sebelum kembali merapatkan jurang dua mata untuk menang 21-19.

RESULTS: #KoreaOpen2024 QF#MAS?? Pearly Tan-M Thinaah(4) def. #TPE Teng Chun Hsun-Yang Chun Yun 21-19 21-15 ⏱️ 36m ? @badmintonphoto#GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/h7LZAC1HWt

— BAM (@BA_Malaysia) August 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan keempat kejohanan dilihat tiada masalah untuk memberikan aksi terbaik dalam set kedua sekali gus menang 21-15 dalam tempoh 35 minit untuk ke separuh akhir.
Dalam pada itu, wakil beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Ee Wei,
menewaskan rakan senegara Goh Soon Huat-Lai Shevon dalam aksi straight set 21-18-21-11 untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

RESULTS: #KoreaOpen2024 QF#MAS?? Chen Tang Jie-Toh Ee Wei(4) def. #MAS?? Goh Soon Huat-Shevon Lai(5) 21-18 21-11 ⏱️ 34m ? @badmintonphoto #GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/Mgqk37zeQe

— BAM (@BA_Malaysia) August 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pearly Tan-M.Thinaah bakal berdepan cabaran daripada pilihan pertama kejohanan dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee, manakala, Tang Jie-Ee Wei pula akan berdepan wakil dari China, Cheng Xing-Zhang Chi, esok.
#badminton #Terbuka Korea Selatan #Pearly Tan-M. Thinaah #Tang Jie-Ee Wei