Terbuka Korea Selatan: Takuma Obayashi hentikan perjuangan Jun Hao di pusingan 32
Najmi Iman
Ogos 28, 2024 15:32 MYT
Ogos 28, 2024 15:32 MYT
Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao, tersingkir daripada kejohanan Terbuka Korea Selatan susulan kekalahan straight set kepada wakil Jepun, sebentar tadi.
Takuma Obayashi menamatkan cabaran Jun Hao dalam tempoh 43 minit di pusingan ke-32 untuk melayakkan diri ke aksi seterusnya di Stadium Tertutup Mokpo.
RESULTS: #KoreaOpen2024 R32#JPN?? Takuma Obayashi def. #MAS?? Leong Jun Hao 22-20 21-14 ⏱️43m ? @badmintonphoto #BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/tkC1xa7ayB
— BAM (@BA_Malaysia) August 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemenangan 22-20, 21-14 itu akan menyaksikan Takuma Obayashi bakal bertemu pemenang diantara Yushi Tanaka atau Lin Chun-Yi pada esok.