Beregu campuran senior negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea apabila mudah mengatasi gandingan tidak ternama dari China, Gao Jia Xuan-Wi Meng Yin, di Suwon Gymnasium sebentar tadi.
Turun sebagai pilihan kelima, pasangan suami-isteri itu pada awalnya diberikan tentangan tetapi menuju ke pertengahan set pertama, mereka mula menguasai permainan sebelum mudah mencatatkan kemenangan 21-16.
Penguasaan lebih baik dipamerkan mereka dalam set kedua, di mana Soon Huat dan Shevon tidak pernah ketinggalan sebaik meraih mata pertama sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan 21-13 selepas secara keseluruhan bertarung selama 31 minit.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu Jepun, Yuta Watanabe-Maya Taguchi, dan gandingan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, bagi penentuan ke separuh akhir esok.

Raket Pilihan Ramai
Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.
Cuba Raket Ini