Skip to main content

Badminton

Terbuka Korea Selatan: Kian Meng-Pei Jing lolos halangan pusingan 32

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tan-kian-meng-shevon-lai.jpg
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengorak langkah untuk ke pusingan 16 Terbuka Korea Selatan BWF selepas memerlukan tempoh kurang sejam untuk melepasi halangan awal sebentar tadi. 

Beregu campuran pilihan keenam kejohanan itu tiada masalah untuk mengenepikan pencabar dari Amerika Syarikat, Presley Smith-Allison Lee 21-14, 21-11, secara tidak langsung menempah pertemuan bertemu wakil Taiwan yang bertembung sesama sendiri di peringkat 32. 

Dalam empat kejohanan terakhir, Kian Meng-Shevon Lai meneruskan kemaraan setidak-tidaknya ke peringkat suku akhir. 








 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video