Skip to main content

Badminton

Terbuka Korea Selatan: Dua wakil terakhir negara kandas dalam suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng-tze-yong.jpeg
Perjuangan dua wakil terakhir negara dalam Kejohanan Badminton Terbuka Korea Selatan tamat di peringkat suku akhir selepas tewas kepada lawan masing-masing di Stadium Junnam, Yeosi hari ini.

Perseorangan lelaki nombor dua negara, Ng Tze Yong, mempamerkan aksi melawan sebelum tewas kepada juara dunia 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew, secara set langsung.

Sejak terikat 3-3, Tze Yong lebih banyak menguasai permainan tetapi ketika mendahului 17-14, dia membenarkan Kean Yew meraih empat mata berturut-turut untuk ketinggalan 18-17 dan seterusnya tewas set pertama 20-22.

Skrip sama berulang dalam set kedua untuk pemain negara itu lebih banyak mendahului pada awal permainan tetapi menuju ke penghujung, dia membenarkan lawan mengikat kedudukan 15-15 sebelum akur dengan kekalahan 19-21 selepas bertarung selama 45 minit.

Turut terkandas ialah beregu lelaki yang kembali digandingkan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Berdepan gandingan pilihan utama dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, pasangan negara itu hanya dapat bertahan selama 38 minit sebelum tewas 9-21, 21-23.
 

Advertisement

Must Watch Video