Terbuka Korea Selatan: Dua beregu campuran layak ke suku akhir, Kian Meng-Pei Jing pula tersingkir
Najmi Iman
Ogos 29, 2024 13:17 MYT
Ogos 29, 2024 13:17 MYT
Tiga beregu campuran negara menempuh nasib berbeza dalam pusingan ke-16 Terbuka Korea Selatan di Stadium Tertutup Mokpo, hari ini.
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tersingkir daripada saingan selepas wakil Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Li Ling Fang, mempamerkan kebangkitan dalam pertemuan rubber set 21-14, 16-21, 14-21 selama 53 minit.
Pun begitu, pilihan kelima kejohanan, Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie, berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dengan kemenangan straight set 13-21, 17-21.
Dalam masa sama, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga memperoleh kejayaan dalam pertembungan pertama menentang Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.
#badminton
#Wei
#Soon
#Tan
#Kian
#Pei
#Ee
#Goh
#Jing
#Chen
#Jemie
#Shevon
#Terbuka Korea Selatan
#Jie-Toh
#Tang
#Meng-Lai
#Huat-Lai