Terbuka Korea Selatan: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lepasi halangan wakil Taiwan

Najmi Iman
Ogos 28, 2024 18:58 MYT
Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mudah mengetepikan cabaran wakil Taiwan, Lin Bing-Wei-Lin Chih-Chun, dalam Terbuka Korea Selatan BWF, di Stadium Tertutup Mokpo, sebentar tadi .
Pilihan keempat kejohanan itu akan meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya selepas memenangi aksi peringkat ke-32 dalam tempoh 24 minit sahaja dalam pertemuan straight set.

RESULTS: #KoreaOpen2024 R32#MAS?? Chen Tang Jie-Toh Ee Wei(4) def. #TPE Lin Bing Wei-Lin Chih Chun 21-17 21-10 ⏱️ 24m ? @badmintonphoto #GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/JTihjKQmAz

— BAM (@BA_Malaysia) August 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie, turut menempah slot ke pusingan ke-16 selepas berhempas-pulas menewaskan rakan senegara, Choong Hon Jian-Go Pei Kee.
Soon Huat-Shevon melakar kebangkitan dalam pertemuan rubber set meskipun diikat ketika set kedua oleh Hon Jian-Pei Kee sebelum dimuktamadkan kemenangan di set terakhir.

RESULTS: #KoreaOpen2024 R32#MAS?? Goh Soon Huat-Shevon Lai(5) def. #MAS?? Choong Hon Jian-Go Pei Kee 21-12 15-21 21-12 ⏱️ 47m ? @badmintonphoto#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/TaYKWZt3AK

— BAM (@BA_Malaysia) August 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Chen Tang Jie-Toh Ee Wei #Terbuka Korea Selatan #Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie
;