Terbuka Korea: Pearly-Thinaah akhiri cabaran selaku naib juara

Ammar Hakim
September 1, 2024 14:36 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, menamatkan cabaran Terbuka Korea Selatan selaku naib juara selepas kepada wakil tuan rumah, di Stadium Tertutup Mokpo, sebentar tadi.
Mereka mempamerkan persembahan bergaya apabila mengatasi wakil Taiwan, Yang Chu Yun-Teng Chun Hsun dalam usaha untuk ke final.
Berdepan wakil tuan rumah, Baek Ha-na-Lee So-hee, mereka menghadirkan berdepan permulaan sengit apabila saling mengutip mata demi mata sehingga terikat 10-10, bagaimanapun, segalanya serba tidak menjadi buat Pearly-Thinaah susulan mata diberikan lawan sebelum tewas 12-21.
Set kedua menyaksikan corak permainan Ha-na-So-hee membenarkan mereka mengungguli permainan apabila berjaya mendahului 14-7 sebelum menoktahkan kemenangan 21-11.
#badminton #Chen Tang Jie #Toh Ee Wei #Terbuka Korea