Terbuka Korea: M. Thinaah optimis selepas muncul finalis
Saufi Tahir
September 1, 2024 19:46 MYT
September 1, 2024 19:46 MYT
Pemain beregu nombor satu negara, M. Thinaah , akur apabila mengakhiri cabaran Terbuka Korea selaku naib juara apabila tewas kepada wakil tuan rumah, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong 21-12, 21-11, di Seoul, hari ini.
Dia berasakan strategi di dalam gelanggang semakin positif dan terus komited untuk menambah baik aksi bersama pasangan beregunya Pearly Tan dalam kejohanan akan datang.
RESULTS: #KoreaOpen2024 FINAL#KOR?? Jeong Na Eun-Kim Hye Jong(6)def. #MAS?? Pearly Tan-M Thinaah(4) 21-12 21-11 PearThin put up a strong fight against the home favorites but fell just short. Keep your heads high, ladies! On to the next one! ?? ⏱️ 43m ? @badmintonphoto… pic.twitter.com/7bRuxQvWoM
— BAM (@BA_Malaysia) September 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya rasa untuk pergi sejauh ini satu pencapaian cukup baik tetapi ia bukan keputusan yang kami inginkan.
"Kami terima kekalahan ini dan kami mengambil sudut positif serta belajar daripada kesilapan hari ini sebagai sebuah pengalaman.
"Saya rasa ketika ini strategi kami dalam gelanggang berjalan dengan lancar, kami hanya perlu menambah baik lagi. Begitu juga dengan kekuatan fizikal kerana kami tidak mempunyai rehat panjang selepas Sukan Olimpik Paris," katanya.