Dia berasakan strategi di dalam gelanggang semakin positif dan terus komited untuk menambah baik aksi bersama pasangan beregunya Pearly Tan dalam kejohanan akan datang.
RESULTS: #KoreaOpen2024
— BAM (@BA_Malaysia) September 1, 2024
FINAL#KOR?? Jeong Na Eun-Kim Hye Jong(6)def. #MAS?? Pearly Tan-M Thinaah(4) 21-12 21-11
PearThin put up a strong fight against the home favorites but fell just short. Keep your heads high, ladies! On to the next one! ??
⏱️ 43m
? @badmintonphoto… pic.twitter.com/7bRuxQvWoM
"Saya rasa untuk pergi sejauh ini satu pencapaian cukup baik tetapi ia bukan keputusan yang kami inginkan.
"Kami terima kekalahan ini dan kami mengambil sudut positif serta belajar daripada kesilapan hari ini sebagai sebuah pengalaman.
"Saya rasa ketika ini strategi kami dalam gelanggang berjalan dengan lancar, kami hanya perlu menambah baik lagi. Begitu juga dengan kekuatan fizikal kerana kami tidak mempunyai rehat panjang selepas Sukan Olimpik Paris," katanya.