Terbuka Korea : Chen Tang Jie-Teoh Ee Wei mara ke final


Ogos 31, 2024 16:29 MYT

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea selepas menewaskan gandingan berpengalaman dari China, Cheng Xing-Zhang Chi di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, Korea Selatan pada Sabtu.

Dalam aksi separuh akhir itu Tang Jie-Toh Ee Wei yang merupakan pilihan keempat, mara selepas menyingkirkan cabaran rakan senegara Goh Soon Huat- Shevon Lai straight set, 21-18, 21-11 di suku akhir, menang straight set, 22-21, 20-19 dalam masa 50 minit.

Kemenangan itu membolehkan Tang Jie-Ee Wei yang berstatus nombor 12 dunia berdepan satu lagi wakil China, Guo Xin Wa-Li Qian yang mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan wakil tuan rumah, Kim Won-ho-Jeong Na-eun.

RESULTS: #KoreaOpen2024 SF#MAS?? Chen Tang Jie-Toh Ee Wei(4) def. #CHN?? Cheng Xing-Zhang Chi 22-20 21-19 ⏱️ 50m ? @badmintonphoto #GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/2qcxoZzW9U

— BAM (@BA_Malaysia) August 31, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Xin Wa-Li Qian di suku akhir yang menjinakkan gandingan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan 21-9, 21-19 di kejuaraan Super 500 tersebut, menang ke atas pilihan pilihan ketiga kejohanan tersebut 21-14, 22-24, 21-10 dalam masa 64 minit. - Sinar Harian

#badminton #Terbuka Korea #Chen Tang Jie-Teoh Ee Wei
;