Skip to main content

Badminton

Terbuka Kanada: Tiga wakil Malaysia dalam misi buru slot suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chn12-29042024-piala-uber_5368600_20250628164056.jpg
K. Letshanaa, Eogene Ewe dan Wong Ling Ching berjaya mengharungi cabaran pusingan 32 dalam Kejohanan Terbuka Kanada untuk merialisasikan impian mara ke peringkat suku akhir kejohanan.

Kategori perseorangan wanita menyaksikan K. Letshanaa berjaya menewaskan wakil Amerika Syarikat (AS), Ishika Jaiswal, dalam aksi straight set dengan catatan 21-13, 21-5. Manakala, Wong Ling Ching mencipta kejutan selepas menundukkan pilihan kelima daripada Denmark, Line Christophersen 2-1.

 

Sementara itu, dalam katergori perseorangan lelaki, Justin Hoh tidak berjaya menemani Eogene Ewe di pusingan 16 selepas tewas ke atas wakil Chinese Taipei, Wang Po-Wei, 2-0. Eogene Ewe bagaimanapun mara secara automatik selepas wakil Jepun, Takuma Obayashi, menarik diri.

Aksi seterusnya akan menyaksikan Eogene bertemu Matthias Kicklitz, K. Letshanaa menentang Shriyanshi Valishetty, manakala Wong Ling Ching akan mengharungi cabaran Clara Azurmendi.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video